
oleh: zizi hashim
Nyaman yang sebenar sering lahir daripada gabungan yang tidak terlihat iaitu teknologi, alam, dan sentuhan manusia yang memahami apa itu rehat. Di tengah perubahan landskap industri pembuatan negara, Getha melangkah lebih jauh dengan memperkenalkan Transforme Miracle Latex Prime Fibre, sebuah inovasi tilam yang bukan sekadar menawarkan keselesaan, tetapi turut mencerminkan evolusi Malaysia daripada pengeluar bahan mentah kepada pencipta produk bernilai tinggi.
Pelancaran yang berlangsung di Sunway Pyramid ini menjadi simbol kepada hala tuju baharu industri tempatan di mana getah tidak lagi hanya dieksport, tetapi diolah menjadi produk premium yang membawa identiti “Made by Malaysia” dalam makna yang lebih mendalam.


Majlis tersebut disempurnakan oleh Datuk Bahria Mohd Tamil dari MITI, yang melihat inisiatif ini sebagai langkah signifikan dalam memperkukuh sektor pembuatan berteknologi tinggi. Ia bukan sekadar pelancaran produk, tetapi sebuah kenyataan bahawa keupayaan tempatan kini mampu berdiri setara di pentas global.
Menggabungkan formulasi Miracle Latex dengan gentian berasaskan tumbuhan seperti kelapa dan serat tebu, Getha membawa pendekatan yang lebih lestari dengan menyatukan alam dan teknologi dalam satu struktur yang direka untuk memenuhi keperluan gaya hidup moden.
Lebih menarik, tilam ini dibangunkan dengan fokus terhadap sokongan tubuh yang seimbang serta kawalan suhu yang lebih efektif. Fabrik BioCool bersama teknologi Suprelle Cool Night membantu mengurangkan haba sepanjang tidur, seolah-olah memberikan pengalaman rehat yang lebih ringan dan bernafas.


Dengan harga bermula RM6,999, Getha turut menawarkan promosi pelancaran berupa diskaun eksklusif sebanyak 35% serta tawaran tukar beli sehingga RM1,500. Pembelian juga disertakan dengan sehingga dua unit bantal Miracle Latex percuma, menjadikan keseluruhan pengalaman lebih bernilai.
Namun, langkah Getha tidak terhenti pada segmen premium sahaja. Menyedari keperluan golongan profesional muda dan pembeli rumah pertama, mereka turut memperkenalkan pilihan lebih mampu milik bermula RM2,499, dengan kemudahan ansuran serendah RM47 sebulan, satu usaha untuk memperluas akses tanpa mengorbankan kualiti.
Menurut Pengarah Projek, Kevin Tan, pembangunan produk ini dipacu oleh maklum balas pengguna yang mahukan tilam lebih tebal, lebih tahan lama dan lebih selesa—satu refleksi terhadap perubahan keutamaan pengguna masa kini yang semakin mementingkan kesejahteraan diri.


Pada masa yang sama, Getha turut mencatat pencapaian penting apabila menerima dua pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records. Antaranya sebagai pengeluar tilam lateks semula jadi pertama dengan teknologi Graphite+ serta tilam penyejuk semula jadi pertama di negara ini. Pencapaian ini menambah lagi rekod cemerlang jenama tersebut yang sebelum ini telah memenangi World Branding Awards sebanyak 10 kali sejak 2015, membuktikan konsistensi mereka dalam mengekalkan standard tinggi dalam industri.
Secara keseluruhannya, pelancaran Transforme Miracle Latex Prime Fibre bukan sekadar memperkenalkan produk baharu, ia adalah gambaran kepada bagaimana inovasi, kelestarian dan identiti tempatan boleh bersatu dalam satu bentuk yang nyata.Dan mungkin, dalam setiap malam yang lebih nyaman, terselit sebuah cerita kecil tentang bagaimana teknologi tempatan mampu menjaga rehat kita, tanpa kita sedari.

