
oleh: zizi hashim
Menjaga kesihatan sering dikaitkan dengan usaha merawat apabila tubuh mula memberi isyarat bahawa ada sesuatu yang tidak kena. Namun bagi Labrich, kesihatan seharusnya bermula jauh lebih awal, daripada penjagaan dalaman yang menjadi asas kepada kehidupan lebih berkualiti. Berpegang kepada falsafah bahawa tubuh yang sihat bermula daripada usus yang seimbang, jenama kesihatan tempatan itu kini melangkah setapak lagi menerusi pelancaran dua inovasi baharu yang menyasarkan kesejahteraan wanita dan kanak-kanak, sekaligus memperluaskan misinya daripada penjagaan individu kepada kesejahteraan seluruh keluarga.
Komitmen tersebut diraikan menerusi acara eksklusif The Labrich Reveal: Nurturing Generations, Empowering Vitality yang berlangsung di Hemisphere Luxury Hall, KL Tower, sambil mengumumkan Che Puan Sarimah Ibrahim sebagai Duta Jenama Labrich. Majlis bertemakan rona merah jambu, merah dan krim itu menghimpunkan lebih 60 wakil media, rakan strategik, pempengaruh dan tetamu jemputan dalam meraikan aspirasi baharu jenama yang mengangkat tagline "Nurturing Life for Every Generation".


Bagi Labrich, kesihatan bukan sekadar bebas daripada penyakit. Sebaliknya, ia menjadi asas kepada kehidupan yang lebih bertenaga, lebih yakin dan lebih bermakna pada setiap fasa usia. Daripada kepercayaan itulah lahir perjalanan jenama ini yang bermula dengan pembangunan Labrich TriBio, formulasi sinbiotik yang menggabungkan prebiotik, probiotik dan postbiotik bagi menyokong kesihatan usus serta metabolisme badan. Kejayaan produk tersebut kemudiannya membawa kepada penghasilan TriBio SkinAX®, yang membantu menyokong kecantikan kulit dari dalam menerusi gabungan bahan premium seperti KOMUCERA®, SkinAx²®, Niacinamide dan Glutathione.
Menurut pengasas Labrich, inspirasi penubuhan jenama itu lahir daripada pengalaman klinikal beliau sendiri yang menyaksikan peningkatan penyakit kronik akibat masalah metabolik serta insulin resistance. "Sebagai seorang doktor, saya melihat sendiri bagaimana banyak penyakit kronik yang semakin meningkat hari ini sebenarnya berpunca daripada satu masalah asas yang sering dipandang ringan iaitu berat badan berlebihan dan insulin resistance. Keadaan ini menjadi pencetus kepada pelbagai masalah kesihatan seperti diabetes, tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan gangguan metabolik yang lain," katanya.



Berpandukan pemerhatian tersebut, Labrich percaya usus yang sihat merupakan titik permulaan kepada metabolisme yang lebih baik, pengurangan keradangan dalam badan dan kesejahteraan menyeluruh. Kini, misi itu diteruskan menerusi pelancaran Labrich TriBio Women Wellness, produk yang dibangunkan khusus untuk memenuhi keperluan wanita moden. Membawa tagline "Empowering Women from Within", produk ini lahir selepas pasukan Labrich menyedari ramai wanita berdepan cabaran mengimbangi kerjaya, keluarga dan kehidupan harian sehingga menjejaskan tenaga, emosi serta kesihatan saluran kencing.
Diformulasikan dalam bentuk serbuk berperisa cranberry dengan kandungan 10 bilion CFU probiotik bagi setiap sachet, Women Wellness menggabungkan lima strain probiotik bersama ramuan seperti L-Carnitine, Taurine, L-Citrulline, Chromium Picolinate, Myo-Inositol, Magnesium Glycinate dan D-Mannose untuk membantu menyokong kesihatan usus, meningkatkan tenaga, menstabilkan emosi serta mengurangkan risiko masalah saluran kencing. Dalam masa yang sama, Labrich turut memperkenalkan TriBio Kids yang dibangunkan hasil maklum balas komuniti pengguna sendiri.


Mengangkat tagline "Happy Tummies, Happy Kids", produk ini diformulasikan khas untuk menyokong tumbesaran kanak-kanak melalui gabungan prebiotik, probiotik dan postbiotik, selain diperkaya dengan DHA, Choline, Lutein, Zinc, Vitamin C dan Lysine bagi membantu perkembangan otak, sistem imun serta selera makan. Produk ini hadir dalam bentuk tablet kunyah berperisa strawberi dengan kandungan 5 bilion CFU probiotik bagi setiap tablet.
Pemilihan Che Puan Sarimah Ibrahim sebagai Duta Jenama pula dilihat melengkapkan perjalanan baharu Labrich. Sebagai figura yang sinonim dengan gaya hidup aktif, keyakinan diri dan keseimbangan antara kerjaya serta keluarga, beliau disifatkan mencerminkan nilai yang ingin diketengahkan oleh jenama itu, bahawa kesejahteraan sebenar bermula dari dalam sebelum terpancar ke luar.



Daripada penjagaan usus kepada kecantikan dalaman, kesejahteraan wanita dan perkembangan kanak-kanak, setiap inovasi yang diperkenalkan Labrich sebenarnya berkongsi matlamat yang sama. Membantu setiap individu mencapai versi terbaik diri mereka, tanpa mengira usia atau fasa kehidupan. "Bagi kami, kesihatan bukan sekadar menghilangkan penyakit. Kesihatan adalah tentang membantu setiap individu menjadi versi terbaik diri mereka pada setiap fasa kehidupan. Itulah komitmen yang terus memacu perjalanan dan inovasi Labrich," kata pengasasnya.
Dalam dunia yang semakin pantas berubah, penjagaan kesihatan tidak lagi boleh dilihat sebagai pilihan apabila masalah sudah muncul. Sebaliknya, ia perlu bermula lebih awal. Kerana apabila asasnya kukuh, generasi yang lahir selepas kita juga akan menikmati kehidupan yang lebih sihat, lebih yakin dan lebih bertenaga.