Apabila Espresso Bertemu Esports: Revolusi Kopi Digital Luckin Coffee Gegar Malaysia

oleh: zizi hashim

Tampil sebagai jendela gaya hidup baharu selepas 5 bulan selepas menjejakkan kaki ke Malaysia, Luckin Coffee terus mengorak langkah berani dengan melancarkan Fruity Series, satu eksplorasi rasa yang menggabungkan buah-buahan segar dan kopi premium dalam kombinasi yang belum pernah dicuba. Turut membuktikan bahawa inovasi sejati lahir daripada keberanian menggabungkan tradisi dengan teknologi, jenama kopi asal China ini menakluk selera Malaysia dengan kejutkan pelancaran tersebut pada 8 Jun 2025. Fruity Series adalah sebuah revolusi citarasa yang memadukan kebijaksanaan barista dengan kegilaan generasi digital.

Bayangkan Orange Americano – pertembungan berani antara keasidan sitrus menyegarkan dan kelembutan espresso premium. Atau Grape Fizzy Americano – manis, berkarbonat dan cukup imersif pada deria. Minuman-minuman ini tidak sekadar menghilangkan dahaga, tetapi juga mengekspresikan siapa anda: muda, bebas, berani mencuba, dan sentiasa di hadapan dalam trend semasa. Setiap tegukan mencerminkan falsafah Luckin iaitu berani berinovasi tanpa mengorbankan kualiti. 
Kini tersedia di seluruh cawangan Luckin Coffee (kecuali Pavilion Damansara Heights dan AEON Maluri), siri ini adalah manifestasi gaya hidup generasi yang menghargai keaslian dalam kemasan yang Instagram-worthy.

Kebijaksanaan sebenar Luckin terletak pada kolaborasinya dengan Honor of Kings (HOK), platform permainan yang mendominasi skrin telefon pintar jutaan anak muda Malaysia. Ketika dua dunia berbeza, kopi dan permainan video, bertemu, hasilnya ialah letupan budaya pop yang mengasyikkan. Pada 8 Jun baru-baru ini, cawangan Luckin Coffee Sunway Pyramid bertukar menjadi ruang fantasi yang hidup, apabila 2 cosplayer terkenal, Angellowee dan Lea, menjelmakan watak Shi dan Yao di hadapan mata pengunjung. Kemeriahan melimpah dengan swafoto, jeritan kecil peminat dan detik-detik eksklusif bersama ikon permainan digital.

Setiap pembelian Fruity Series pada hari itu disertakan dengan kad foto eksklusif, memorabilia kecil yang mengikat realiti dan imaginasi. Beberapa peminat bertuah turut menikmati sesi fotografi peribadi bersama cosplayer kegemaran, menjadikan kenangan itu lebih bernyawa daripada sekadar menonton layar permainan. Keterujaan ini tidak terhenti di situ. Dari 6 hingga 30 Jun 2025, Luckin menghadirkan koleksi barangan edisi terhad hasil kolaborasi dengan HOK. Pop socket, gantungan telefon, dan pelekat holografik menjadi simbol eksklusiviti bagi para pengumpul dan peminat.

  • Kombo Solo Buff (RM12) – satu minuman Fruity Series bersama barangan pilihan,
  • Kombo Duo Buff (RM20) – dua minuman dan satu barangan,
  • Kombo Fruity Boost (RM18) – dua minuman Fruity Series untuk mereka yang mahu rasa berganda.

Setiap kombo dilengkapi pelekat holografik — bukan sekadar cenderamata, tetapi tiket visual ke dunia HOK yang penuh warna.

Gambar kenangan bersama Johnathan Quek, Pengurus Besar Luckin Coffee Asia Tenggara (tengah kanan), dan Elleen Ch'ng, Pengarah Pemasaran Luckin Coffee Malaysia (tengah kiri), bersama pasukan Pemasaran Luckin Coffee Malaysia.

Dan buat mereka yang pantas dan kreatif, dari 6 hingga 8 Jun, 100 pelanggan pertama setiap hari yang memuat naik foto bersama standee Honor of Kings dengan tanda pagar #BuffUpWithLuckin dan tag akaun rasmi Luckin & HOK di media sosial, mendapat ganjaran istimewa: Fizzy Grape Americano percuma, baucar Beli 1 Percuma 1, dan dua kupon diskaun 40% — kesemuanya hanya melalui aplikasi Luckin Coffee selepas pengesahan kakitangan. Ini bukan sekadar promosi, tetapi penghargaan kepada semangat komuniti yang aktif dan berseni.

Strategi Luckin Coffee di Malaysia adalah refleksi pemahaman mendalam terhadap nadi generasi kini: kombinasi rasa yang menakjubkan, pengalaman yang menyeluruh dan integrasi dunia digital ke dalam kehidupan harian. Bersama Honor of Kings, Luckin bukan hanya menjual kopi, tetapi mencipta gerakan budaya — tempat bertemunya dunia maya dan dunia nyata, dibalut dalam aroma espresso dan palet rasa buah-buahan yang menggoda.

Dengan visi yang berani dan kolaborasi yang terus menyemarak, Luckin Coffee sedang melakar dirinya sebagai bukan sekadar kafe tetapi sebagai penentu arus gaya hidup belia Malaysia. Dan mungkin, dalam setiap hirupan kopi, ada secubit mimpi digital yang sedang menjadi nyata.