Sosok Misteri Menghantui, 'Shutter' Remake Buat Penonton Serentak Seram Dan Simpati

Darwin, seorang jurugambar yang hidupnya runtuh selepas terlanggar seorang wanita misteri pada malam yang gelap. Sejak kejadian itu, sosok wanita ini muncul dalam setiap foto, mimpi dan ruang yang tidak dijangka, menghantui Darwin dan Pia tanpa henti. Herwin Novianto mencipta semula karya ikonik Thai 2004 dengan sentuhan emosi, menyuntik nuansa tempatan yang dekat dengan budaya dan trauma masyarakat Indonesia. Persembahan rapuh Vino G. Bastian, kehadiran kuat Anya Geraldine, dan Niken Anjani yang melengkapkan dinamika cerita menjadikan pembuatan semula ini kaya dengan perasaan. Shutter Indonesia membawa seram, simpati dan teguran sosial, menjadikannya pengalaman seram yang menggugah jiwa...

Read More  

Hanya Namamu Dalam Doaku: Ketika Cinta Di Uji Sakit, Tekad Berjuang Bersama Meski Sulit

Bukan kisah cinta biasa, melainkan perjalanan batin yang diuji sakit ALS. Filem ini tidak menawarkan konflik yang meledak-ledak, sebaliknya merangkul kesunyian yang lirih dan perlahan meresap ke jiwa. Melalui visual lembut serta pencahayaan hangat, penonton dibawa menyelami ruang paling rapuh dalam hubungan manusia. Vino G. Bastian dan Nirina Zubir tampil dengan kejujuran emosi yang menyentuh, disokong kehadiran Naysila Mirdad, Ge Pamungkas dan Dinda Kanya Dewi yang menghidupkan suasana keluarga. Lebih daripada sekadar kisah tentang penyakit, naskhah ini adalah renungan tentang cinta, ketabahan, dan penerimaan. Siapkan hati, kerana setiap detik akan mengingatkan bahawa cinta sejati tidak pernah tunduk pada sakit...

Read More