Mencari Ramlee: Sebuah Pengakuan Rindu, Siapakah P. Ramlee Dalam Kenangan?

Arahan sulung sutradara Megat Sharizal, 'Mencari Ramlee' sebuah filem yang mengaburkan sempadan antara realiti, teater dan ingatan kolektif. Berlatar sehari selepas kematian Tan Sri P. Ramlee, kisahnya mengikuti Zakaria, seorang peniru gaya Ramlee, yang terperangkap dalam dunia lakonan apabila seorang wanita amnesia menganggapnya sebagai seniman agung itu. Filem ini bukan biografi, tetapi puisi visual tentang kerinduan, identiti dan warisan seni. Dengan gubahan muzik indah oleh Pitahati serta lakonan emosional Sofia Jane dan Tony Eusoff, filem ini menggamit emosi dan mempersoal makna jujur dalam seni. Biarpun penuh simbolisme dan struktur naratif yang kabur, Mencari Ramlee menyentuh jiwa, mengajak kita berhenti, berfikir, dan merasai semula cinta terhadap zaman keemasan filem Melayu yang semakin hilang...

Read More  

Menyelami Konflik Trauma, Dendam, Salah Guna Kuasa Dan Misteri Kematian Dalam 'Balas Balik'

Naskhah yang menyelam ke dasar jiwa manusia di mana kuasa menjadi topeng, dan dendam jadi peluru yang senyap membunuh. Mengisahkan Detektif Zul dalam membongkar kematian mengejut seorang CEO, filem ini perlahan-lahan membongkar sisi gelap korporat, trauma, dan ketidakadilan sosial. Dengan skrip hebat dari Siti Jastina Ibrahim, penulis prolifik yang sinonim dengan karya sarat makna, naratif dibangunkan penuh lapis emosi dan kritikan sosial. Arahannya pula berani dan teliti di tangan Feroz Kader. Disokong lakonan jitu Shukri Yahaya, 'Balas Balik' menggigit lewat kisah yang tegang, mendalam dan tragis. Ia menuntut lebih dari sekadar tontonan, ia mengajak penonton merenung kembali makna keadilan dan harga sebuah trauma yang dibiar lama...

Read More  

‘Lubuk’ Cubaan Berani, Cabar Tahap Psikologi Penonton

‘Lubuk’ menerokai sisi gelap yang mengintai dalam diri manusia melalui watak penting yang antagonis. Dalam pada masa yang sama mengekalkan elemen ketakutan dan seram. Teknik yang digarap sering mengaburkan garis antara kebaikan dan kejahatan...

Read More