Pertarungan Iman dan Kegelapan, Kengerian ‘ThaRae The Exorcists’ di Tengah Komuniti Katolik Thailand

Di sebuah desa bernama ThaRae di timur laut Thailand, komuniti Katolik terbesar di negara itu digoncang oleh kembalinya sebuah entiti jahat selepas 4 dekad lenyap. Seorang bekas paderi dirasuki, dan kegelapan mula menebar ketakutan. Usaha pengusiran tradisional gagal, memaksa Paderi Paolo bergabung dengan Sopha, seorang dukun yang berakar pada ritual purba. Dua dunia bertembung, iman gereja dan kekuatan mistik, namun hanya kolaborasi mereka yang mampu menyelamatkan desa daripada kehancuran. Dengan visual kelam, eksorsisme yang autentik, serta konflik spiritual yang menghantui,ThaRae The Exorcists menghadirkan pengalaman seram mencengkam, menguji keberanian penonton hingga ke titisan doa terakhir...

Read More  

Budaya Buli Membunuh, 'Attack 13' Kupas Realiti Yang Tak Pernah Sembuh

Di sebuah sekolah, aura persaingan di gelanggang bola tampar bertukar menjadi medan penindasan. Jindahra, pelajar yang baru berpindah cuba mencari ruang baharu, segera berdepan sengketa dengan Bussaba, si ratu sekolah yang disanjung guru tetapi menzalimi rakan sekelas. Dibantu geng setianya, Bussaba menjadikan buli sebagai senjata kekuasaan. Namun, segalanya berubah bila Bussaba ditemui mati tergantung di gimnasium. Dari saat itu, satu demi satu kejadian aneh menghantui sekolah, roh Bussaba kembali menuntut dendam. Jindahra dan rakan-rakannya diberi tempoh 3 hari untuk mencari siapa yang membangkitkan roh itu sebelum mereka menjadi mangsa. Attack 13 gabungkan seram, thriller dan drama sosial, mempersoalkan bagaimana budaya buli yang dibiarkan mampu berubah menjadi keganasan paling menggerunkan...

Read More