Panggilan Telefon Dari Neraka Masih Berdering Tanpa Henti Dalam 'Black Phone 2'

Empat tahun selepas mimpi ngeri dalam The Black Phone (2021), Finney Shaw masih bergelut dengan trauma yang membekas dalam jiwanya. Hidupnya berubah menjadi dingin dan terasing, sementara adiknya, Gwen, kini dibayangi mimpi-mimpi aneh yang membawa pesan dari roh ibunya yang telah tiada. Ketika anak-anak kembali hilang dan panggilan misteri dari telefon hitam berdering lagi, Finney dan Gwen harus menjejak mimpi itu ke sebuah perkemahan berselimut salji, tempat rahsia lama menunggu untuk terbongkar. Di bawah sentuhan Scott Derrickson, Black Phone 2 menelusuri sempadan antara duka, kehilangan dan bayangan masa lalu yang enggan dilepaskan. Ternyata, suara dari neraka itu masih belum berhenti…

Read More  

Pesona Visual Memukau 'How To Train Your Dragon' Adaptasi Aksi Nyata Dan Re-Imagi Yang Cantik

Versi aksi nyata 'How To Train Your Dragon' tampil sebagai karya mengkagumkan secara visual, malah menyentuh emosi dengan penceritaan sepenuh jiwa. Di bawah arahan Dean DeBlois, adaptasi ini membawa penonton kembali ke dunia Berk dengan sentuhan baharu yang matang dan puitis. Mason Thames berjaya menghidupkan watak Hiccup, remaja yang bergelut antara jati diri dan harapan keluarga, sementara Toothless kekal sebagai simbol kepercayaan dan keberanian. Dengan sinematografi memukau dan skor muzik menusuk kalbu, filem ini mengajak penonton merenung makna sebenar persahabatan dan pengorbanan. Sebuah pengalaman yang menyentuh nurani, menjadikan adaptasi ini lebih dari sekadar ulang cerita, ia adalah perjalanan jiwa yang mengilhamkan...

Read More