Gangguan Bunyi Dari Atas Dan Sebalik Dinding Bikin Sakit Otak Dalam 'Noise'

Selepas berpindah ke apartment baru bersama adiknya Joo Hee, Joo Young mendapati dirinya terperangkap dalam mimpi ngeri apabila Joo Hee tiba-tiba hilang tanpa jejak. Dalam usaha mencari, dia dibantu oleh Ki Hoon, teman lelaki adiknya. Namun, apa yang bermula sebagai pencarian biasa perlahan-lahan bertukar menjadi pengalaman seram yang meresap ke dalam minda dan jiwa. Gangguan bunyi misteri dari tingkat atas, nota ancaman jiran yang menakutkan, serta kehadiran lelaki pelik di tingkat bawah membuatkan segalanya menjadi kabur antara realiti dan halusinasi. Keadaan bertambah rumit apabila Joo Young, yang mengalami masalah pendengaran, mula mengalami perkara aneh yang pernah dialami adiknya. Noise mengupas sisi gelap kehidupan kota, menjadikan bunyi sebagai senjata paling mengerikan...

Read More  

Kembara Ngeri 'Ghost Train' Tanpa Destinasi Akhir, Terperangkap Derita Obsesi

Seorang YouTuber seram bernama Da-kyung memilih sebuah stesen kereta api terbengkalai untuk siaran langsung yang disangka akan viral. Namun sebaik kamera mula merakam, Gwanglim Station membuka sisi yang tak ingin ditemui manusia. Ghost Train, arahan Tak Se-woong, ialah sebuah kisah seram Korea yang menggabungkan mitos urban dan obsesi terhadap dunia digital. Dibintangi Joo Hyun-young, Jeon Bae-soo dan Choi Bo-min, filem ini menyusup perlahan-lahan ke bawah kulit dengan visual remang, sunyi yang berdengung dan jeritan yang tertinggal di lorong gelap. Lebih dari kisah hantu, ini tentang trauma, kehilangan dan ruang-ruang yang wajar dibiar sunyi. Sekali kau naik kereta api ini, tiada jalan untuk turun. Ghost Train kini menghantui layar dan memorimu...

Read More