Semakin Dewasa Tapi Rasa Itu Masih Sama, 'Dilan ITB 1997' Menulis Babak Kehidupan Yang Lebih Bermakna

Selepas menamatkan zaman persekolahan, Dilan melangkah ke alam kampus sebagai mahasiswa Institut Teknologi Bandung (ITB). Pulang daripada program di Kuba, dia meneruskan kehidupan sebagai pelajar seni, pemuzik bebas dan aktivis mahasiswa ketika Indonesia berada di ambang Reformasi 1998. Hubungannya bersama Ancika semakin utuh, namun kehadiran semula Milea serta pertemuan dengan Hana menguji kematangan yang sedang dibinanya. Berlatarkan Bandung tahun 1997 yang direka dengan teliti, Dilan ITB 1997 mengangkat kisah cinta, idealisme dan proses pendewasaan dengan sentuhan nostalgia, humor halus serta emosi yang terasa dekat dengan perjalanan hidup ramai orang...

Read More  

Riuhnya Chaos 'Comic 8 Revolution: Santet K4bin3t' Ledakan Tawa, Sihir Dan Satira Tanpa Henti

Menyoroti ancaman mistik dari pasangan dukun Ki Bagus dan Ni Gendis yang merancang untuk menghantar santet ke kabinet negara untuk melampiaskan dendam lama. Serangan awal mereka telah menumbangkan seorang wakil menteri, memaksa Badan Intelijen Republik (BIR) bertindak segera. Pakde Indro dan Oki mengetuai misi menyamar dengan 8 ejen baharu yang bertindak sebagai pembantu rumah untuk menyusup masuk ke kediaman dukun tersebut. Kekacauan bermula apabila ritual ghaib, komedi tak masuk akal dan pertarungan fantasi bertembung dalam satu perjalanan yang riuh, satira dan penuh tawa. Filem ini menonjol dengan visual cerah, cameo komedi, dan humor yang tidak berhenti...

Read More