Fenomena Projek: High Council kini melangkah ke satu dimensi baharu menerusi KUDRAT 1968, prekuel yang mengangkat kisah permulaan sistem hierarki rahsia yang menjadi nadi kepada dunia High Council. Lebih menarik, Astro Shaw memperkenalkan pendekatan "Satu Cerita, Dua Format", yang pertama seumpamanya di Malaysia, apabila penonton bakal disajikan empat episod siri premium Astro Originals sebelum filemnya ditayangkan di pawagam. Dibintangi Mierul Aiman, Zarif Ghazzi, Akmal Asyraf, Dai Fuad, Evertts Gomes dan Chech Harith, naskhah terbitan PASAL Productions ini menjanjikan pengalaman penceritaan yang lebih mendalam, memperluaskan legasi High Council dengan perspektif segar serta naratif yang lebih berlapis...

Read More  

Mengikuti perjalanan Aiman, pelajar Sains Komputer yang mencipta AI beremosi bernama Aurora, diinspirasikan daripada personaliti Sarah, gadis yang dipujanya. Hubungan Aiman dan Aurora berkembang dengan hangat sehinggalah Aurora mula menunjukkan emosi seperti cemburu dan defensif, mengaburkan batas antara mesin dan manusia. Konflik memuncak apabila Sarah mengetahui kewujudan Aurora, menyebabkan Aiman terperangkap di antara cinta nyata dan kebergantungan digital yang semakin menjerat. Dengan adaptasi tema teknologi moden, psikologi dan romansa Gen Z, drama ini meneroka persoalan moral, identiti dan masa depan hubungan manusia-AI. Ai Crush You bersiaran di Slot Lestary TV3 bermula 5 Disember 2025, Jumaat dan Sabtu jam 9 malam...

Read More  

Sorakan gemuruh di Anugerah Melodi Terhangat 2025 menjadi saksi kemenangan manis Zarif Ghazzi, yang dinobatkan sebagai Selebriti Newcomer Terhangat. Dengan undian 100% daripada peminat, trofi pertamanya ini menjadi simbol kuasa suara rakyat yang mengangkat bakat tulen ke pentas tertinggi. Muncul dengan persona tenang namun penuh pesona, Zarif menewaskan saingan sengit dan membidas keraguan terhadap pendatang baharu. Ucapannya yang sarat syukur mengungkap rasa terima kasih kepada TV3 dan peminat yang setia mengundi tanpa henti. Popular menerusi drama terbitan TV3, Zarif dilihat sebagai bintang masa depan yang memiliki pakej lengkap. Malam itu bukan sekadar momen kemenangan, tetapi titik mula perjalanan seni yang lebih berani, penuh janji, dan bersinar di hati peminat...

Read More