Filem emosional dari Indonesia yang bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 4 September 2025. Mengisahkan kehidupan Arga (Vino G. Bastian), seorang ayah penyayang yang hidup bahagia bersama isterinya Hanggini (Nirina Zubir) dan anak tunggal mereka, Nala (Anantya Kirana). Keharmonian keluarga mula retak apabila Arga bertemu semula bekas kekasihnya, Marissa (Naysilla Mirdad), dalam sebuah reunion sekolah. Pertemuan itu membuka luka lama, hingga menjerumuskan Arga dalam kebohongan yang mengguris hati keluarga. Nala terpaksa mengorbankan impian biasiswanya kerana kekecewaan terhadap keluarganya sendiri. Filem arahan Reka Wijaya ini sarat emosi, mengangkat tema cinta, pengorbanan, kekuatan doa dan kesedaran tentang penyakit ALS (Amyotrophic Lateral Sclerosis), menjadikannya sebuah karya penuh makna...

Read More