Lowen Ashleigh, seorang penulis yang sedang bergelut dengan kehidupan sebelum menerima tawaran untuk menjadi ghostwriter kepada novelis terkenal, Verity Crawford. Lowen kemudian berpindah ke rumah keluarga Crawford yang terpencil bagi menyelesaikan manuskrip Verity selepas penulis itu mengalami tragedi misteri. Namun segalanya berubah apabila Lowen menemui catatan autobiografi Verity yang mengandungi pengakuan-pengakuan mengerikan tentang suaminya, Jeremy. Semakin dia membaca, semakin kabur batas antara realiti dan manipulasi. Dalam masa yang sama, Lowen mula terperangkap dalam hubungan emosional yang rumit bersama Jeremy. Dipenuhi obsesi, rahsia dan permainan psikologi, Verity membawa penonton menyelami sisi paling gelap manusia yang perlahan-lahan memusnahkan kewarasan...
Read More