Mencipta pengalaman unik apabila pertunjukan fesyen 'Melodi Glam Raya Runway' berlangsung di dalam tren MRT dari Stesen Bandar Utama hingga ke Tun Razak Exchange (TRX). Acara yang berlangsung pada 12 Mac ini menggabungkan fesyen, muzik dan hiburan sempena sambutan Aidilfitri. Persembahan flash mob oleh bakat One In A Million bersama Sharifah Rose dan Fahrin Ahmad membuka acara sebelum tren khas memulakan perjalanan. Sepanjang perjalanan, tetamu dihiburkan dengan persembahan artis termasuk Nabila Razali serta segmen runway yang memperagakan produk Watsons dan koleksi fesyen TikTok Shop. Acara kemudiannya mencapai kemuncak di pentas utama TRX dengan persembahan Aisha Retno, Amir Masdi dan Ernie Zakri. Melodi Glam Raya Runway turut memperkenalkan integrasi pembelian langsung melalui TikTok Shop...

Read More