Sebuah kisah keberanian yang pernah mengharumkan nama Malaysia kini bersedia menawan layar perak menerusi TERBANG, filem terbaharu arahan Chiu Keng Guan yang diinspirasikan daripada perjalanan legenda rali negara, Karamjit Singh. Diterbitkan oleh Astro Shaw, filem ini bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 17 September 2026, bersempena sambutan Hari Malaysia. Pelancaran treler dan poster rasminya membuka tirai kepada sebuah naskhah yang mengangkat semangat perjuangan, perpaduan dan kebanggaan terhadap tanah air. Dibintangi Irfan Zaini, Zizan Razak, Jack Tan, Diana Danielle, Nam Ron dan barisan pelakon hebat lain, TERBANG menggabungkan aksi rali mendebarkan, emosi kekeluargaan serta semangat berpasukan dalam sebuah perjalanan yang membuktikan bahawa keberanian sebenar lahir apabila seseorang berani bangkit daripada kegagalan..

Read More  

Diinspirasikan daripada kisah hidup juara dunia rali Malaysia, Karamjit Singh, dan mengikuti perjalanan watak Ajeet yang bergelut dengan trauma akibat kemalangan tragis. Selepas meninggalkan dunia perlumbaan demi mencari ketenangan bersama isterinya, Ajeet akhirnya kembali ke trek bersama pasukan PERT Malaysia untuk bangkit semula ke pentas dunia. Diterajui pengarah Chiu Keng Guan dan dibintangi barisan pelakon seperti Zizan Razak, Diana Danielle dan Nam Ron, filem ini menggabungkan elemen aksi, emosi dan inspirasi. Kolaborasi strategik bersama STING serta sokongan jenama industri utama turut memperkukuh pengalaman sinematik. TERBANG dijangka menemui penonton di pawagam tahun ini sebagai sebuah karya yang mengangkat semangat juang dan kebangkitan diri...

Read More