Selama 22 tahun, Priya memendam rindu terhadap ayahnya, Lingam, yang hilang tanpa jejak selepas kemalangan tragis. Enggan menjejak alam perkahwinan selagi misteri itu belum terungkai, Priya dibantu tunangnya, Raymond, memulakan pencarian semula. Seorang pemuda bernama Azman memberi petunjuk. Seorang lelaki tua misteri mirip Lingam, hidup sebagai gelandangan dan kini bekerja diam-diam di pusat pemulihan mental. Saat suara Priya berkumandang di radio, ia akhirnya sampai ke telinga yang betul. Filem Pejam, diinspirasi dari kisah benar, menyulam tema kasih anak dan ayah, perpaduan kaum serta isu kesihatan mental. Di sebalik kesederhanaan, ia mengangkat harapan bahawa dalam dunia yang kelam, masih ada cahaya untuk kembali pulang, disatukan oleh cinta dan kemanusiaan...
Read More