Kembali merangkul pentas sebenar buat pertama kalinya menerusi ELITE LIVE ‘25 setelah sekian lama hanya dikenang melalui siaran radio dan video digital. Pada 20 September 2025, lima figura ikonik iaitu Linda, Sasha, Watie, Abby dan Azza bakal mempersembahkan rangkaian lagu-lagu yang pernah menjadi nadi generasi 90-an di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre. Dianjurkan oleh Icon Entertainment, konsert ini bukan sekadar sambutan ulang tahun ke-30 ELITE, tetapi juga penzahiran cinta dan penghargaan kepada peminat setia. Tiket mula dijual 26 Jun 2025 di www.ticket2u.com.my/elite. Sebuah malam yang dijanjikan penuh gemerlap, emosi dan memori yang bakal disulam kembali antara pentas, penyanyi dan hati yang pernah bergetar bersama...

Read More