Sebuah lonjakan berprestij apabila naskhah terbitan Key Billions Sdn. Bhd. ini berjaya menembusi pasaran Thailand dan bakal ditayangkan di lebih 80 pawagam bermula 4 Disember 2025. Filem arahan Syafiq Yusof ini mengisahkan kehidupan Soloz, ikon E-sukan Malaysia yang membina reputasinya melalui Mobile Legends. Ia dibintangi Hun Haqeem, Ikmal Amry, Jaa Suzuran dan ramai lagi. Pasaran Thailand yang terkenal selektif akhirnya menerima filem ini hasil kerjasama dengan Mstudio serta keyakinan terhadap gabungan lakonan sebenar dan CGI moden. Demi keterhubungan penonton, keseluruhan filem dialih suara ke bahasa Thai. Malam Gala di Bangkok mengukuhkan lagi kejayaannya sebagai langkah baharu sinema Malaysia...
Read More