'HAK: Tuntut Atau Tunduk' mengisahkan Hakim, seorang pegawai operasi pasar awam yang berdepan tekanan hidup dan desakan kewangan menjelang kelahiran anak sulungnya. Dalam keadaan terhimpit, dia membuat keputusan yang mengubah seluruh hidupnya apabila menemui sebuah beg berisi wang. Apa yang disangka jalan keluar daripada kesempitan rupa-rupanya menjadi permulaan kepada mimpi ngeri apabila dia diburu pihak berbahaya yang sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan semula wang tersebut. Dibintangi Syafiq Kyle dan Beto Kusyairy yang pertama kali bergandingan di layar perak, filem ini mengetengahkan isu kelangsungan hidup, maruah, kuasa dan pilihan sukar yang terpaksa dibuat ketika seseorang berada di titik paling genting dalam hidupnya...

Read More  

Azam, seorang pelumba jalanan yang hidup dalam dunia penuh risiko, kelajuan dan pilihan sukar. Pertemuannya dengan Ratna, seorang gadis buta yang menerima dirinya dengan ikhlas, membuka ruang kepada cinta yang tidak dijangka serta membawa cahaya dalam hidupnya yang gelap. Namun, apabila dendam lama, pengkhianatan dan tragedi mula menghimpit, Azam terpaksa berdepan dengan akibat daripada keputusan yang pernah dibuat. Dalam usaha melindungi masa depan Ratna dan orang tersayang, dia membuat pilihan paling sukar, melepaskan cinta yang bermakna demi kebaikan bersama. Filem ini mengangkat tema pengorbanan, harapan dan pencarian arah hidup di tengah dunia yang penuh cabaran dan emosi yang mendalam...

Read More  

Kisah perjalanan hidup seorang mat motor bernama Azam yang mengalami perubahan besar selepas secara tidak sengaja melanggar seorang gadis buta bernama Ratna. Pertemuan yang tidak dirancang itu membuka lembaran baharu dalam hidupnya, memaksa Azam berdepan rasa bersalah, tanggungjawab dan pencarian makna kehidupan. Hubungan yang terjalin antara mereka membawa Azam menyedari nilai empati, penerimaan dan kekuatan melihat dengan hati. Dibintangi oleh Syafiq Kyle dan Tracie Sinidol serta disokong oleh Que Haidar, Riezman Khuzaimi, Amir Nafis, Kodi Rasheed, Juzzthin dan Akmal Asyraf, filem ini diarahkan oleh Nazifdin Nasrudin dan diterbitkan oleh Viper Studios, Skop Productions, Astro Shaw serta Primeworks Studios. Malaikat Malam bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 26 Mac 2026...

Read More