Bakal berlangsung pada 1 Mei 2026 di Stadium Hoki Bukit Jalil dengan hampir 90 peratus tiket telah terjual. Dianjurkan oleh GIS Entertainment & Events bersama Infinity Love Creative Ventures, konsert ini dijangka menjadi antara acara paling dinanti tahun ini. Wali Band akan mempersembahkan lagu-lagu hit seperti Aku Bukan Bang Toyib, Cari Jodoh, Yank dan Baik-Baik Sayang dalam susunan muzik baharu yang lebih segar. Peminat juga digalakkan hadir awal bagi menikmati pelbagai aktiviti termasuk persembahan DJ di luar stadium. Dengan sambutan luar biasa dan baki tiket yang semakin terhad, konsert ini menjanjikan pengalaman penuh emosi dan interaksi bersama peminat...
Read More