Kembali pada 1 dan 2 Ogos 2026 di MAEPS Serdang dengan skala lebih besar sempena edisi ke-15 penganjurannya. Festival ini sekali lagi menggabungkan dunia automotif, seni, fesyen dan budaya pop, sambil menyambut kepulangan SoundCircus yang akan berlangsung di kawasan seluas 4 ekar dengan enam pentas. Setakat Fasa 1 dan 2, seramai 54 pemuzik dari Malaysia, Indonesia, Singapura dan Jepun telah diumumkan termasuk Tenxi, Cokelat X Ella, Masdo, Iqbal M, Nadin Amizah dan The Jansen. Penganjuran kali ini turut mendapat sokongan Tourism Selangor sebagai rakan strategik. Selain persembahan muzik, festival ini menawarkan pelbagai aktiviti seperti Show & Shine, Hot Wheels Collectors Convention, Kulture Kartel, Mega Ride In, forum industri dan zon gaya hidup...

Read More