Seberapa banyak cerita sebenarnya tersembunyi di sebalik sebuah senyuman? Kael kembali dengan single terbaharu, Senyum, sebuah karya Pop dan R&B bernuansa soulful yang mengajak pendengar menemukan semula kebahagiaan selepas melalui hari-hari melelahkan. Diterbitkan Alternate Records, lagu ciptaan bersama Kael, Omar K, Adrianna Cinta dan Shazriq Azeman ini memperlihatkan sisi baharu penyanyi tersebut menerusi vokal lebih santai tanpa mengorbankan karakter dan emosi. Senyum turut membawa persoalan reflektif — What Makes You Smile?, How Do You Smile? dan What’s The Meaning Behind Your Smile? — kerana tidak semua senyuman lahir daripada cerita yang sama. Bagi Kael, sesukar apa pun kehidupan, manusia masih berhak memberi peluang kepada dirinya untuk bahagia. Kadangkala, sebuah permulaan baharu hanya memerlukan satu perkara sederhana: senyum...

Read More  

Kembali selepas hiatus 3 tahun dengan balada terbaharu berjudul “Masih Ada Kau Lagi”, ciptaan bersama Omar K yang juga rakan kolaboratifnya. Lagu ini lahir daripada luka dan perubahan besar dalam hidupnya, menjadikan ia karya paling peribadi sepanjang kariernya. Dengan vokal serak basah yang penuh kejujuran, Shazriq menyampaikan kisah hati dikhianati, rindu yang masih tertinggal, serta keberanian melepaskan walau kenangan manis terus menghantui. Proses rakaman hanya berlangsung dua hari di bawah naungan Alternate Records, namun hasilnya sarat emosi dan kematangan. Dipilih sebagai runut bunyi drama Bintang Di Langit Syawal di slot Samarinda TV3 pada 14 Oktober 2025, balada ini diyakini mampu menusuk jiwa, sekali gus menegaskan kehadiran Shazriq kembali di pentas muzik Malaysia...

Read More