Drama baharu slot Samarinda TV3, Jiwa Seorang Pentaksub, membawa penonton menyelami sisi gelap seorang pemimpin berpengaruh yang sanggup mengorbankan keluarga, maruah dan kemanusiaannya demi kuasa serta obsesi yang tidak berpenghujung. Dibintangi Datuk Rosyam Nor sebagai Firzan, drama 25 episod terbitan Suhan Movies ini mengangkat kisah seorang lelaki yang membina empayar politik dari bawah sebelum terjerumus dalam ketamakan yang memusnahkan hidup orang di sekelilingnya. Turut dibintangi Sophia Albarakbah, Rita Rudaini, Shahz Jaszle dan Ady Mohammad, naskhah arahan Nur Ain Sharif ini mengetengahkan tema manipulasi, pengkhianatan dan kerakusan manusia terhadap kuasa. Jiwa Seorang Pentaksub mula bersiaran pada 1 Jun 2026, setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di TV3...
Read More