Di saat kebanyakan filem moden bergantung kepada teknologi Computer-Generated Imagery (CGI), CHELOT memilih laluan yang jauh lebih berani. Filem aksi thriller arahan Adrian Teh itu mempertaruhkan penggunaan letupan sebenar dalam sebanyak mungkin babak aksi bagi menghadirkan visual yang lebih autentik dan mendebarkan. Menerusi video di sebalik tabir (BTS), produksi mendedahkan bahawa setiap letupan dirancang dengan teliti, dibantu sokongan Unit Tindak Khas (UTK) serta melibatkan penggambaran di beberapa lokasi utama sekitar Selangor. Malah, sebuah babak aksi yang dirakam secara one-take turut mengakibatkan beberapa kru dan pelakon mengalami kecederaan ringan akibat intensiti penggambaran. Semua pengorbanan itu dilakukan demi menghasilkan pengalaman sinematik yang lebih nyata apabila CHELOT menemui penonton di pawagam seluruh negara pada 27 Ogos 2026...

Read More  

Sebuah misteri sering menjadi lebih mengujakan apabila jawapannya sengaja disembunyikan. Itulah aura yang dibawa CHELOT, filem aksi thriller terbaharu arahan Adrian Teh yang bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 27 Ogos 2026. Dipasarkan oleh Primeworks Studios selaku rakan pemasaran rasmi, filem ini mempertaruhkan barisan pelakon hebat seperti Shukri Yahaya, Beto Kusyairy, Shaheizy Sam, Azhan Rani, Nadhir Nasar dan Alicia Amin. Mengangkat kisah keberanian, pengorbanan serta pertembungan antara keadilan dengan dunia jenayah yang sarat muslihat, CHELOT tampil sebagai sebuah naskhah yang menjanjikan aksi tanpa henti dan emosi yang mendebarkan. Trailer rasminya kini telah dilancarkan, namun satu persoalan masih kekal: apakah sebenarnya makna di sebalik CHELOT?

Read More  

Kisah tentang Badak, seorang bapa tunggal yang pekak, membesarkan anak perempuannya Mirah dalam dunia kecil yang dibina atas bahasa isyarat, pandangan mata dan cinta tanpa suara. Hidup mereka tenang, hingga Mirah mula mengejar impian sebagai bintang hip-hop. Dunia lantang dan gemerlapan mula mengganggu keseimbangan kasih yang pernah mereka genggam erat. Ketika keheningan bertembung dengan muzik yang menggugat, Badak terpaksa menilai kembali makna pengorbanan dan komunikasi sebenar. Di sebalik sunyi yang menyesakkan, filem ini membicarakan cinta yang tidak semestinya dilaungkan, tetapi cukup dirasai. Karya menyentuh hati yang meraikan keberanian mencintai dengan diam, dan tabah menghadapi perubahan yang datang tanpa amaran...

Read More