Kehadiran Lee Soo-hyuk di Pavilion Kuala Lumpur pada 16 Julai 2025 mencetuskan gelombang luar biasa, apabila lebih 2,000 peminat membanjiri Bukit Bintang demi bertemu bintang drama S LINE itu secara langsung. Acara Galaxy Unfolds Roadshow menjadi saksi keterujaan luar biasa peminat yang datang dari seluruh negara, membawa sepanduk, jeritan dan air mata kegembiraan. Detik paling mencuri hati ialah saat Lee Soo-hyuk melafazkan “Aku cinta padamu”, mencairkan ribuan hati yang hadir. Aktor Korea itu turut menyatakan rasa terharu dan berharap dapat kembali ke Malaysia. Untuk peminat yang mahu menyambung debaran, drama S LINE kini boleh distrim secara eksklusif di Tonton, dengan dua episod pertama ditayangkan serentak dengan Korea pada 11 Julai lalu...

Read More