Sebagai tindak balas penuh tanggungjawab selepas kekecohan yang berlaku pada penganjuran terdahulu, Pentas Barbarik Vol. 2 akan berlangsung di Mega Star Arena pada 31 Januari 2026. Konsert ini menampilkan Barbarik dalam skala lebih besar, lebih terancang dan lebih berkualiti. Dengan kehadiran pemuzik legenda Karl serta penampilan khas Eddie, Black, Mel dan Jojet, persembahan selama 2 jam 30 minit ini menjanjikan 30% kelainan repertoir berbanding Vol. 1. Dianjurkan oleh Republic Mokhmah Records dan Pentas Barbarik Sdn Bhd, konsert ini menjadi simbol kesungguhan Barbarik menebus kepercayaan peminat dan menghadirkan pengalaman muzik yang berbekas untuk dibawa pulang...

Read More  

Mempertemukan 2 nama besar muzik tanah air, Kristal X dan Azlan & The Typewriter, dalam sebuah konsert istimewa di Zepp Kuala Lumpur pada 1 Februari 2026. Kristal X kembali membawakan lagu-lagu malar segar seperti Memburu Impian, Luahan Hati, Suatu Kenangan dan Seragam Hitam yang sudah lama tidak dipersembahkan secara langsung. Azlan pula hadir dengan kekuatan vokalnya yang pernah mencipta fenomena melalui lagu Jangan Khianati Aku. Dianjurkan oleh Republic Mokhmah Records, konsert 'Rockolusi Kuasa Dua' ini menjadi simbol penyatuan 2 generasi pemuzik prolifik yang masih relevan dan terus dicintai. Peminat boleh mendapatkan tiket bermula RM168 hingga RM8000 untuk menyaksikan malam bersejarah yang dijangka menyemarakkan semula semangat rock tempatan...

Read More  

Bakal mendominasi pentas Zepp Kuala Lumpur pada 8 November 2025 dalam sebuah konsert berskala besar 'XPDC Metalkestra' yang menyatukan 2 dunia, kuasa metal dan keagungan orkestra. Diterajui 5 pendekar XPDC: Izo, Eddie, Arif, Lola dan Mamu, konsert ini adalah medan penghormatan buat 4 dekad perjuangan XPDC di persada muzik tanah air. Lagu-lagu malar segar seperti Apa Nak Di Kata, Hijau Bumi Tuhan dan Kita Peng Yu akan dipersembahkan semula dalam bentuk yang lebih megah dan beremosi. Tiket mula dijual pada 30 Julai melalui ilassotickets.com. Dua peminat dengan kostum samurai terbaik bakal membawa pulang gitar Jackson Izo Signature, selain hadiah cabutan bertuah menanti. XPDC METALKESTRA adalah panggilan untuk semua pejuang muzik keras. Jangan lepaskan!

Read More