TV Sarawak mempersembahkan “Pesta Raya TVS”, sebuah kempen istimewa sempena Aidilfitri 2026 yang menghimpunkan pelbagai program hiburan, inspirasi dan kisah kekeluargaan. Antara kandungan utama yang ditawarkan termasuk episod khas Inspirasi Duniamu, program hiburan “Pesta Raya TVS: Dari KL ke Kuching”, lagu raya baharu “Raya Paling Epik”, filem pendek “Gambar Raya Paling Epik”, program gaya hidup “Istimewa Anggun: Seri Aidilfitri”, musim baharu “3 Mak Dara” serta pelbagai tayangan filem istimewa. TVS turut menganjurkan Peraduan Gambar Raya Paling Epik 2026 yang mengajak penonton berkongsi foto raya kreatif di media sosial. Keseluruhan kempen ini diharapkan dapat memeriahkan Syawal dan memperkukuh semangat kebersamaan menerusi kandungan yang dekat dengan hati masyarakat...

Read More