Iklan Raya yang mengisahkan Siti, seorang wanita bekerjaya yang setiap tahun berdepan soalan klasik ketika pulang beraya ke kampung halaman: “bila nak kahwin?” Tekanan sosial itu membuatkan Siti mengambil jalan unik dengan mengupah seorang lelaki sebagai teman lelaki palsu setiap kali Aidilfitri. Namun tahun ini, situasinya berubah apabila Alif, pelakon sambilan yang diupah, berjaya memikat hati seluruh keluarganya. Keadaan tersebut membuatkan Siti mula menilai semula kehidupannya dan hubungan dengan orang tersayang. Menggabungkan elemen komedi, emosi dan kehangatan keluarga, iklan arahan Nadhir Nasar ini mengetengahkan realiti yang sering dialami ramai orang ketika musim perayaan. “Bila” mengingatkan bahawa makna Aidilfitri terletak pada kejujuran hubungan dan kebersamaan keluarga...

Read More  

Ramadan dan Syawal 2026 hadir dengan panorama hiburan yang lebih intim menerusi RR2026: Jwanjih "Kenyang!”, platform pra-tinjau rasmi TV3 yang menghimpunkan rangkaian program istimewa sepanjang musim perayaan. Daripada naskhah kekeluargaan seperti Oh Mummy! dan Anak Mama Masak Apa Tu?, hinggalah program berbuka seperti Jom Berbuka serta bual bicara reflektif Sembang Sahur 2026, setiap kandungan dirangka untuk mendekati emosi penonton. Penawaran digital turut diperkukuh melalui drama mikro Mr. Perfect Ramadan dan Bisik Asmara Kita yang memenuhi selera tontonan generasi masa kini. Menjelang Syawal, telemovie Kampong Gatal (KGG) serta program gaya hidup dan fesyen seperti Raya Macam Influencer dan Melodi Raya 2026 menyemarakkan suasana. TV3 menggabungkan siaran televisyen dan platform digital bagi mencipta pengalaman Ramadan dan Raya yang lebih menyeluruh...

Read More