Kini dijadualkan berlangsung pada 19 September 2026 di Stadium Hoki Bukit Jalil, selepas ditunda daripada tarikh asal 11 Julai. Menurut penganjur, DHYAH PRODUCTION dan INFINITY LOVE CREATIVE VENTURES, keputusan itu dibuat bagi memberi pengalaman konsert Revolusi Radja 25 Tahun yang lebih selesa susulan pertindihan beberapa acara hiburan berskala besar serta faktor Pilihan Raya Negeri di Johor. Wakil penganjur, Mahbub Dermawan, berkata tarikh baharu membolehkan lebih ramai peminat menikmati persembahan Radja dalam suasana yang lebih kondusif. Konsert sempena ulang tahun ke-25 kumpulan itu akan menampilkan himpunan lagu popular serta beberapa artis undangan istimewa. Semua tiket yang telah dibeli sebelum ini kekal sah untuk digunakan pada tarikh baharu..

Read More  

Bakal kembali ke Malaysia menerusi Konsert Revolusi Radja 25 Tahun yang berlangsung di Stadium Hoki Bukit Jalil pada 11 Julai 2026. Konsert solo khas sempena ulang tahun ke-25 perjalanan seni Radja ini bakal menghimpunkan lagu-lagu malar segar seperti “Cinderella”, “Jujur”, “Benci Bilang Cinta” dan “Manusia Biasa” yang pernah menjadi fenomena di seluruh Nusantara. Dibintangi Ian Kasela, Moldy, Adit dan Seno Aji, persembahan ini turut menampilkan elemen istimewa menerusi tribute EDM oleh DJ wanita Malaysia dan Indonesia termasuk Nathalie Holscher. Dianjurkan DHYAH PROD7CTION bersama INFINITY LOVE CREATIVE VENTURES, konsert ini dijangka menjadi malam penuh nostalgia, emosi dan energi buat peminat muzik Radja...

Read More