Muncul sebagai naskhah yang menggoncang hati, menghimpunkan dokumentasi, sejarah dan emosi dalam satu tragedi yang pernah merentap dunia. Kisah seorang kanak-kanak Palestin bernama Hind Rajab yang terkorban selepas terperangkap dalam kenderaan di Gaza pada 29 Januari 2024. Malaysia kini disasarkan berada dalam kelompok 5 negara teratas dari segi kutipan tayangan, sekaligus memperluas peluang filem ini menuju pencalonan global termasuk anugerah Oscar. Coffee Talk bersama ZRA membuka ruang refleksi, memperincikan tragedi Hind sebagai sebahagian daripada deretan pembunuhan kanak-kanak Palestin sejak puluhan tahun, sambil menyeru rakyat Malaysia menghadiri pawagam demi menguatkan #GerakanSuaraMalaysia...

Read More  

Menelusuri kepedihan Gaza melalui pandangan kanak-kanak, Hayya 3: Gaza mengikat hati penonton dengan kisah kemanusiaan yang tulus dan menusuk. Diarahkan oleh Jastis Arimba serta dibintangi Oki Setiana Dewi, Amna Shahab, dan Azamy Syauqi, filem ini menyorot persahabatan dua anak yatim, Hayya dan Gaza, di tengah runtuhan konflik dan kehilangan. Lebih dari sekadar naskhah sinema, karya terbitan Warna Pictures dan 786 Productions ini menjadi wadah nyata solidariti, apabila 10% hasil tayangan disalurkan terus kepada rakyat Gaza. Dengan sokongan Cinta Gaza Malaysia, Hayya 3: Gaza mengajak penonton Malaysia merasakan denyut perjuangan, kasih, dan keteguhan insan yang terus memilih untuk mencinta meski di tengah perang...

Read More