Malam 21 Disember 2025 bakal menjadi pentas pertemuan dua dunia muzik serumpun apabila Nidji dan Bunkface menggoncang Megastar Arena Kuala Lumpur. Nusa Fest Presents – Nidji X Bunkface menghimpunkan tenaga dua kugiran yang dibesarkan oleh generasi berbeza, namun berkongsi semangat sama: kebebasan, persahabatan dan suara yang terus hidup melewati zaman. Diraikan sebagai momen silang budaya, di mana peminat Malaysia dan Indonesia berkumpul seperti sebuah keluarga besar, berkongsi sorakan yang sama, debar yang sama, dan nostalgia yang sama. Setiap alunan dan setiap teriakan dijangka memercikkan adrenalin yang sukar dilupakan, menjadikan hujung tahun 2025 berakhir dengan letupan energi yang paling epik untuk peminat muzik serantau...

Read More  

Pertemuan 2 kuasa muzik dari 2 tanahair bakal tercatat sebagai malam bersejarah apabila Nidji dari Indonesia dan Bunkface dari Malaysia bergabung dalam konsert eksklusif Nusa Fest Presents Nidji x Bunkface di Megastar Arena, Kuala Lumpur pada 21 Disember 2025. Acara yang dianjurkan Shiraz Projects ini menjanjikan lebih daripada hiburan, ia adalah jambatan persahabatan muzik antara 2 bangsa. Dengan reputasi Nidji yang terkenal dengan antemanya yang menggetarkan jiwa, serta Bunkface sebagai ikon rock Malaysia yang tak pernah surut energi, konsert ini dijangka menjadi medan perayaan lintas sempadan. Ribuan peminat bakal berhimpun, menyanyi seirama, dan membawa pulang kenangan yang akan kekal terpatri sebagai salah satu momen muzik paling berharga menjelang penutup tahun...

Read More