Kini berpindah lokasi ke Stadium Nasional Bukit Jalil, festival 'Latihan Pestapora Malaysia 2025' pada 26 Julai, menampilkan Sheila On 7, Nadin Amizah dan ALVN sebagai tambahan barisan artis Fasa 2. Gabungan legenda dan suara baharu ini menjadikan festival ini sebagai jambatan budaya antara Indonesia dan Malaysia. Dianjurkan oleh Hitman Solutions dan Boss Creator, festival ini turut menampilkan barisan artis Fasa 1 seperti Pamungkas, Hindia, .Feast, DOLLA, Bunkface dan ramai lagi. Tiket Fasa 2 akan mula dijual 9 Jun, dengan kategori tempat duduk baharu diperkenalkan. Festival ini disokong pelbagai rakan strategik seperti ERA, Universal Music, Batik Air dan Tapao Fest. Lebih daripada sekadar konsert, ia adalah perayaan irama dan kenangan yang menyatukan dua negara serumpun dalam satu malam penuh jiwa...
Read More