Siri seram psikologi Tonton Original yang menyingkap kepercayaan gelap, dendam dan ritual terlarang. Santau Perempuan Terlarang diterajui Emma Maembong sebagai Sapora dan Nabil Aqil sebagai Iqbal, kisah ini mencetus perbualan sejak teaser tular dengan ancaman misteri yang meremang rasa. Paparan ritual ekstrem, termasuk babak meratah daging mentah, menjadi simbol keputusasaan dan harga mahal sebuah hajat. Disokong barisan pelakon berkaliber seperti Farid Kamil, Fadlan Hazim dan Azri Iskandar, siri ini mengajak penonton menilai sempadan moral serta akibat pilihan yang salah arah. Ditayangkan setiap Isnin dan Khamis di Tonton, naskhah ini menjanjikan ketegangan yang perlahan tetapi menggigit emosi...

Read More  

Iqbal, seorang pelakon yang lama bergelut mencari tempat dalam industri hiburan. Ketika peluang sering dirampas oleh pelakon sensasi, hidup dan hubungannya dengan tunang mula runtuh. Dalam keputusasaan, Iqbal bertemu Sapora, wanita misteri yang menawarkan rawatan tradisional untuk “membersihkan aura”. Sejak itu, nasibnya berubah drastik, namun kejayaan datang bersama harga yang tidak pernah dibicarakan. Santau Perempuan Terlarang diterajui Emma Maembong sebagai Sapora, siri seram thriller ini menyelongkar obsesi terhadap populariti, perjanjian tersembunyi dan akibat gelap di sebalik impian yang tercapai...

Read More