Menjejak kejayaan di pentas antarabangsa bukan bererti melupakan tanah sendiri. Selepas mencipta fenomena menerusi Naa Vera Level di India, Kidd Santhe kembali dengan Aku Level Lain, sebuah karya yang menzahirkan identiti Malaysia melalui gabungan bahasa Melayu, elemen budaya India Malaysia dan dialek Kelantan. Diterbitkan oleh Kidd Next Door Productions bersama Sony Music Entertainment Malaysia, lagu ini turut menampilkan Rxf Rhaled, figura hip-hop Pantai Timur yang membawa warna autentik dalam karya tersebut. Kejayaan Naa Vera Level yang meraih lebih sejuta tontonan di YouTube dalam tempoh empat hari menjadi pemangkin kepada penghasilan single baharu ini. Lengkap dengan muzik video yang dirakam sepenuhnya di Kelantan, Aku Level Lain menjadi simbol keberanian Kidd Santhe membawa wajah Malaysia ke pentas dunia...

Read More  

Kidd Santhe melangkah ke tahap baharu dalam karier seninya menerusi pelancaran single Naa Vera Level, sebuah kolaborasi rentas sempadan bersama artis popular Chennai, Raavanaa Ram. Menjadi single kedua daripada album Mr. Crorepati, karya ini bukan sekadar lagu hip-hop Tamil biasa, tetapi sebuah deklarasi identiti, keyakinan dan cita-cita global. Dengan sokongan Sony Music Entertainment Malaysia dan Sony Music Entertainment India South, Kidd Santhe kini muncul sebagai antara artis Malaysia yang berjaya menembusi platform pengedaran antarabangsa berskala besar. Menggabungkan genre Tamil Kuthu, elemen budaya tradisional India dan produksi sinematik bernilai lebih RM100,000, Naa Vera Level menjadi simbol pertembungan budaya Malaysia dan Chennai dalam satu ledakan muzik yang penuh tenaga dan jiwa...

Read More