Ada lagu yang sekadar didengar, dan ada lagu yang menjadi sebahagian daripada perjalanan hidup. Itulah pengalaman yang bakal diraikan menerusi SOUNDSTAGE, sebuah konsert yang menghimpunkan NIDJI, Hujan, Midnight Fusic, Dukes dan Empty Page dalam satu malam yang dipenuhi lebih 40 buah lagu. Berlangsung di Unifi Arena pada 16 Ogos 2026, konsert selama lima jam ini menjanjikan ledakan nostalgia, tenaga dan emosi buat peminat muzik alternatif serta indie dari Malaysia dan Indonesia. Selain rangkaian lagu ikonik yang pernah menjadi siulan ramai, peminat turut bakal menjadi antara yang terawal menyaksikan persembahan langsung lagu baharu Berdosa nyanyian Empty Page. SOUNDSTAGE bukan sekadar konsert, tetapi sebuah pertemuan yang meraikan muzik tanpa sempadan generasi...

Read More  

Muzik sentiasa menemukan manusia tanpa mengira sempadan, bahasa mahupun generasi. Berlandaskan semangat itu, SOUNDSTAGE bakal menghimpunkan lima nama besar muzik alternatif dan indie dari Malaysia serta Indonesia dalam satu malam yang dijangka menjadi antara acara paling dinantikan tahun ini. Berlangsung pada 16 Ogos 2026 di Unifi Arena, konsert ini menyatukan NIDJI, Hujan, Midnight Fusic, Dukes dan Empty Page, masing-masing membawa warna muzik tersendiri yang telah membentuk perjalanan ramai pencinta muzik. Daripada lagu-lagu yang membangkitkan nostalgia hinggalah karya baharu yang mencerminkan evolusi industri, SOUNDSTAGE menawarkan lebih daripada sebuah konsert. Ia menjadi ruang pertemuan buat peminat yang selama ini membesar bersama melodi alternatif, indie dan rock dari dua negara serumpun...

Read More  

Menghimpunkan For Revenge, Insomniacks dan Midnight Fusic akan berlangsung pada 24 Januari 2026 jam 8 malam dengan lokasi baharu di ZEPP Kuala Lumpur. Perubahan lokasi ini dibuat atas faktor teknikal bagi memastikan pengalaman persembahan yang lebih intim dan dekat dengan penonton, manakala tiket sedia ada kekal sah. Konsert “Malam Simfoni Luka” menampilkan gabungan post-hardcore, pop moden dan alternatif dreamy yang merangkumi tema duka, cinta dan harapan. Disokong pencahayaan sinematik, susunan muzik live eksklusif serta visual khas, “Malam Simfoni Luka” dijangka menjadi malam emosional yang menyentuh jiwa pencinta muzik tempatan dan serantau. Tiket boleh didapati menerusi www.ticket2u.com.my...

Read More  

Konsert berskala besar yang mempertemukan tiga kuasa muzik generasi baharu terdiri dari For Revenge, Insomniacks dan Midnight Fusic dalam satu malam penuh emosi pada 24 Januari 2026 di Megastar Arena, Kuala Lumpur. Konsert ini dijanjikan sebagai pengalaman sonik yang merangkum duka, harapan dan cinta melalui gabungan muzik post-hardcore, pop moden dan alternatif dreamy. Pementasan ini akan dilengkapi dengan pencahayaan sinematik, visual eksklusif dan susunan muzik khas yang diolah semula untuk menghidupkan semangat terapi muzik. Tiket mula dijual 14 November 2025 di www.ticket2u.com.my. Sebuah malam di mana setiap nada mengingatkan bahawa luka juga boleh menjadi keindahan...

Read More  

Sepuluh tahun perjalanan Midnight Fusic akhirnya memuncak dalam satu malam yang dijanjikan abadi. Pada 14 September 2025, 4 sahabat Arif, Adrian, Firdaus dan Muaz akan menyatukan suara, cahaya dan cerita dalam konsert solo pertama mereka di Zepp Kuala Lumpur, bertajuk Forevermore. Dibawakan oleh OYOLLO ASIA, persembahan ini bukan hanya himpunan lagu, tetapi helaian kenangan dan harapan baharu. Dengan setlist eksklusif, visual yang menggugah dan rasa yang mendalam, Forevermore akan jadi ruang di mana peminat dan muzik larut sebagai satu. Sebuah malam yang bukan untuk didengar saja, tapi untuk dikenang...

Read More