Gelanggang populariti kembali dibuka, dan kali ini kuasa benar-benar berada di tangan peminat. Anugerah Melodi Terhangat (AMT) 2026 kembali dengan tema “Power”, mempertaruhkan 16 anugerah termasuk tujuh kategori baharu yang merentasi muzik, drama, filem, keluarga selebriti, kecergasan, chemistry hingga selebriti Mandarin. Bakal berlangsung 18 Oktober 2026, jam 9 malam secara langsung di TV3 dan Tonton, AMT tahun ini digerakkan oleh tiga nadi — Star Power, Fan Power dan Melodi’s Power. Undian berlangsung selama enam minggu mulai 3 September hingga 8 Oktober, sementara senarai Top 10 mempertemukan nama-nama seperti Syafiq Kyle, Fattah Amin, Aina Abdul, Hael Husaini, Khairul Aming, Shila Amzah serta sederet bintang lain. Selepas trofi selesai diperebutkan, kemeriahan diteruskan menerusi CUCKOOTOPIA di Stadium Merdeka dengan Lee Junho antara tarikan utamanya...

Read More  

Setelah bertahun-tahun menjadi nadi dunia hiburan tempatan, Melodi kini membuka lembaran baharu dengan wajah yang lebih moden, dinamik dan dekat dengan cita rasa penonton masa kini. Bermula 16 Julai 2026, program ikonik terbitan TV3 itu tampil secara langsung setiap Khamis, jam 9 malam, dengan pembaharuan menyeluruh merangkumi identiti visual, studio, kandungan serta kemunculan Kamal Adli sebagai hos baharu yang bergandingan bersama Ain Edruce. Turut diperkenalkan ialah segmen Muzik-Muzik 41, yang membawa perkembangan carta muzik tempatan dan perjalanan menuju Anugerah Juara Lagu (AJL). Transformasi ini memperkukuhkan kedudukan Melodi sebagai destinasi utama berita hiburan yang lebih pantas, segar dan relevan kepada penonton generasi baharu...

Read More