The Keris membawa penonton menyelami sebuah kisah aksi yang menggabungkan legenda Melayu dengan dunia moden menerusi pencarian Keris Tempa Melaka, senjata milik Hang Tuah yang menjadi buruan mafia antarabangsa. Diterbitkan oleh Mathe's Production House Sdn. Bhd. dan diarahkan oleh Viknes Perrabu, filem ini lahir daripada hasrat penerbit Dr. Matheyalagan Thilagavathy untuk menghidupkan semula hikayat Hang Tuah yang semakin dilupakan generasi muda. Menggabungkan aksi persilatan, seni bela diri moden dan elemen sejarah, filem ini dibintangi Syazlie Syazz, Julia Larica, Firdaus Luthuffi, Raja Azrey dan Datuk Jalaluddin Hassan, serta menampilkan cameo Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor. The Keris bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 2 Julai 2026..
Read More