Mengisahkan tentang pertemuan tidak terduga antara Sarah dan David di sebuah majlis perkahwinan. Namun, takdir membawa mereka merentas masa ke detik-detik penting dalam kehidupan masing-masing. Melalui satu sistem GPS misteri, mereka diberi peluang untuk menghidupkan semula kenangan silam dan mungkin, mengubah masa depan. Diarah oleh Kogonada, filem ini menggabungkan fantasi, drama romantik dan unsur eksistensial yang mendalam. Dengan lakonan hebat dan sinematografi yang memukau, ia mengangkat tema penyesalan, harapan dan keindahan peluang kedua. Disokong oleh skor muzik indah ciptaan Joe Hisaishi, naskhah ini menyentuh hati dan fikiran. Saksikan di pawagam mulai 18 September 2025 kerana kadangkala, untuk ke hadapan, kita perlu berpatah balik semula...
Read More