Aman, seorang lelaki yang terheret ke dalam sindiket pemerdagangan manusia yang diketuai Edy. Selepas satu operasi polis memusnahkan jaringan tersebut, Aman melarikan diri dan bersembunyi di hutan selama berminggu-minggu, cuba mencari jalan untuk pulang menebus maruah di mata ibunya, Nor. Filem 'Mak #SalamDariSyurga' merangkumi gelora emosi seorang anak yang dihimpit penyesalan, digerakkan oleh lakonan penuh roh Datuk Fauziah Nawi, Azman Ahmad dan Izzy Reef. Dengan gaya penceritaan yang perlahan, lembut dan sarat kejujuran, karya ini membuka ruang renungan tentang makna pulang, peluang kedua dan doa seorang ibu yang tak pernah padam biarpun ujian hidup meragut segala yang lain...
Read More