Bakal menyentuh jiwa peminat muzik galau Malaysia, konsert “Sebuah Kisah Volume 1” oleh Dadali pada 5 Julai 2025 di Zepp Kuala Lumpur. Band dari Indonesia ini, dikenali sebagai Raja Lagu Patah Hati, akan mengalunkan lagu-lagu ikonik seperti “Disaat Aku Mencintaimu” dan “Sebuah Kisah”, bersama vokalis utamanya, Dyrga, yang membawa suara penuh luka dan pengharapan. Turut menyerikan malam ialah penyanyi Malaysia, Ronnie Hussein. Konsert ini bukan sekadar persembahan, tetapi ruang untuk memeluk kenangan dan menyembuhkan rasa. Tiket tersedia dari RM188 hingga RM588, dengan pelbagai pilihan tempat duduk dan kemudahan bayaran ansuran. Diterbitkan oleh Ultimate Teamworks, ia turut disokong Tourism Malaysia dalam kempen Visit Malaysia 2026. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada malam penuh emosi ini...

Read More