Irama ska yang pernah membentuk identiti muzik jalanan kini kembali berdenyut dengan semangat baharu. Kuala Lumpur SKA Syndicate (KLSS) mengumumkan dua lokasi pertama bagi Jelajah Malaysia 2026, menandakan permulaan perjalanan yang bertujuan menghidupkan semula budaya ska, reggae dan rocksteady dalam kalangan peminat muzik tempatan. Persembahan sulung bakal berlangsung di BEKL, Kuala Lumpur pada 9 Ogos, sebelum diteruskan di Destage PJ pada 27 Ogos 2026. Jelajah yang mendapat sokongan Dana Kandungan Kreatif (DKK) Industri Muzik menerusi MyCreative Ventures ini bukan sahaja menjadi pentas persembahan, malah membuka ruang kerjasama antara pemuzik, penganjur, lokasi dan komuniti kreatif. Ia menjadi langkah penting untuk memperkukuh ekosistem muzik bebas Malaysia yang semakin berkembang...

Read More