Percutian yang menyeronokkan tidak semestinya memerlukan bajet besar. Berpegang pada idea itu, Hotlink bersama TV3 memperkenalkan Siri Travelog Hotlink: Geng Bijak Berbajet, sebuah pengembaraan enam episod yang membuktikan pengalaman luar biasa boleh dinikmati dengan perbelanjaan serendah RM70 hingga RM100 sehari. Diketuai Kamal Adli, bersama Hael Husaini, Nabila Razali, Siti Saleha, Izzue Islam, Ain Edruce, Zaki Yamani dan Auddra Zulkifli, siri ini menjelajah enam negeri sambil berkongsi tip percutian bijak, makanan unik dan aktiviti menarik. Disiarkan di TV3 mulai 29 Julai 2026 serta platform digital Hotlink dan TV3, travelog ini menggabungkan hiburan, gaya hidup dan pengurusan kewangan dalam format santai yang dekat dengan realiti rakyat Malaysia...

Read More  

Empat generasi, satu kopitiam, dan seribu cara untuk terus bijak berhemat. Itulah denyut yang menghidupkan Siri Drama Hotlink: Geng Bijak Berbajet, kolaborasi antara TV3 Drama Sangat dan Hotlink yang diluncurkan pada 30 September 2025. Dengan latar Kopitiam Mei Mang Best, drama mini ini menemukan Aunty Mei, Uncle Din, Nisa dan Mika, watak dari zaman berbeza tetapi bersatu dalam cabaran kos sara hidup yang semakin menekan. Setiap episod menjadi cerminan kecil kehidupan, diwarnai tip berjimat, gurau senda, dan solidariti komuniti. Disiarkan eksklusif di TikTok serta Instagram rasmi Hotlink dan Drama Sangat bermula 1 Oktober 2025, siri lapan episod berdurasi 3-5 minit ini meraikan kreativiti tempatan sambil menyemai semangat hidup berhemat dengan gaya yang segar, ringan, dan penuh makna...

Read More  

AirAsia Hausboom Festival 2025 dikuasakan oleh Hotlink kembali menggegarkan Malaysia dengan tema “Paint the Town Red” pada 11 & 12 Oktober di MAEPS Serdang. Festival dua hari ini menyatukan muzik, fesyen, dan makanan, menampilkan 33 artis tempatan dan antarabangsa termasuk Dato’ M. Nasir, Ella, K-Clique, Samsons, Kunto Aji, dan Feby Putri. Pengunjung juga boleh menikmati Hausboom Lokal Fest dengan lebih 80 jenama streetwear dan thrift eksklusif, serta KL Foodie Fest yang menampilkan lebih 100 vendor makanan unik. Pelbagai aktiviti interaktif, cabutan bertuah, ganjaran eksklusif Hotlink, dan peluang memenangi Perodua Ativa menambah keseronokan. Dengan tiket bermula RM119 hingga RM1,200 VVIP, festival ini menawarkan pengalaman muzik dan gaya hidup menyeluruh untuk semua peringkat umur...

Read More