Dipilih sebagai runut bunyi rasmi drama 'Hospital Loveline' di Slot Akasia TV3, bagi Najmi, ini menjadi detik bersejarah kerana pertama kali terlibat dalam projek OST. Menariknya, lagu ini pernah “terperam” selama 2 tahun sebelum akhirnya diberi nafas baharu setelah pihak TV3 terpikat hanya dengan mendengar korusnya. ASING mengisahkan rasa janggal yang menyelinap selepas kehilangan insan tersayang, dari meja makan yang kini kosong hingga tawa yang berganti sunyi. Walaupun lahir dari tema kehilangan, melodinya tetap segar dengan nuansa akustik yang santai, rancak tetapi tetap mudah didengar. Lagu ini bukan sekadar pengakuan duka, tetapi juga pengingat bahawa rasa asing itu lumrah, tanda kita pernah dicintai...

Read More  

Berpaut di ruang hospital yang sering menjadi saksi air mata dan tawa, Hospital Loveline membawa kisah Sophia, gadis riang yang setia menjaga neneknya, Opah Tijah. Hidupnya yang sederhana tiba-tiba berubah bila takdir mempertemukan dia dengan Dr. Arfan, seorang doktor muda yang hidupnya penuh disiplin dan ketegasan. Pertemuan tidak diduga itu berkembang menjadi percikan rasa, walau dipenuhi gelora dan konflik peribadi. Dalam hiruk-pikuk dunia perubatan, Sophia mendapati dirinya terjebak dalam dilema cinta, keluarga, dan cabaran karier. Dengan sentuhan humor, emosi dan kasih sayang, drama 13 episod arahan Ng Ken Kin ini menyulam romantik komedi segar yang bakal menyentuh hati penonton...

Read More