Golden Screen Cinemas (GSC) bakal membuka dewan IMAX® with Laser terbaharu di GSC IOI Mall Damansara pada 16 Julai 2026, sekali gus menjadikannya lokasi IMAX® keenam kendalian rangkaian pawagam itu di Malaysia. Teknologi generasi baharu ini menawarkan unjuran laser 4K, imej lebih tajam, kecerahan lebih tinggi, kontras lebih mendalam, warna lebih kaya serta sistem bunyi 12 saluran untuk pengalaman sinematik yang lebih imersif. Sempena pembukaan, tiket ditawarkan pada harga promosi RM28.50 berbanding RM36.50, selain manfaat eksklusif untuk ahli GSC Rewards dan ganjaran tiga kali ganda GSCoins kepada 3,000 pelanggan pertama. Penonton The Odyssey turut berpeluang mendapatkan poster IMAX edisi terhad serta pin logam eksklusif, tertakluk kepada syarat dan ketersediaan stok...

Read More  

Sebuah tragedi yang mengerikan ketika majlis perkahwinan di sebuah pekan kecil membawa Mikael, seorang anggota polis yang sarat intuisi ke penyiasatan yang membuka pintu kepada nubuatan purba. Ramalan itu mengisyaratkan kebangkitan Raja Jin melalui kejatuhan tujuh pelindung yang menjaga keseimbangan dunia. Mikael perlu menemukan sebuah artifak kuno yang mampu menghalang perlanggaran dua alam sebelum bencana meruap. Perjalanannya mempertemukan tiga sekutu unik: Winston, penjual ramuan hitam yang eksentrik; Sarjan Kok, pegawai muda yang canggung tetapi cekal; dan Aisyah, pencuri artefak ghaib yang lincah. Mereka berdepan ancaman kosmik yang menuntut keberanian, pengorbanan dan pertarungan terakhir demi menyelamatkan manusia...

Read More