Perjalanan menuju malam paling berprestij dalam dunia perfileman tempatan kini bermula apabila Festival Filem Malaysia Ke-35 (FFM35) secara rasmi membuka pencalonan bermula 29 Julai hingga 11 Ogos 2026. Dianjurkan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dengan sokongan Kementerian Komunikasi, edisi kali ini tampil membawa tema "Spektrum Sinema", simbol kepada kepelbagaian idea, budaya, genre dan kreativiti yang membentuk landskap sinema negara. Malam kemuncak bakal berlangsung pada 21 November 2026 di Istana Budaya, Kuala Lumpur, dan disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM). Dengan 25 kategori dipertandingkan, FFM35 terus menjadi platform tertinggi bagi mengiktiraf karya, bakat dan dedikasi penggiat industri filem Malaysia, selain memperkukuh kedudukan sinema tempatan di pentas nasional dan antarabangsa...

Read More  

Filem aksi terbaharu arahan Razaisyam Rashid yang bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 7 Mei 2026. Diterbitkan oleh Alpha47 dengan kerjasama Icon Pictures dan Astro Shaw, filem ini menampilkan barisan pelakon hebat termasuk Bront Palarae, Zul Ariffin, Aedy Ashraf, Mierul Aiman, Amir Ahnaf, Azira Shafinaz dan Sharifah Sakinah. Kisahnya mengikuti perjalanan seorang bekas juara silat yang diburu kesilapan masa lalu selepas sebuah tragedi. Demi menyelamatkan kakaknya, dia terpaksa bertarung di gelanggang haram tanpa menyedari lawan yang bakal dihadapi ialah seseorang yang pernah sangat dekat dalam hidupnya. Filem ini mengangkat tema pertarungan dalaman manusia, keberanian menghadapi kelemahan diri serta perjalanan menuju penebusan...

Read More