Francais seram ikonik 'Resident Evil' kembali ke layar perak menerusi sebuah kisah baharu yang lebih gelap, brutal dan mendebarkan. Diarahkan oleh Zach Cregger, pengarah di sebalik kejayaan Barbarian dan Weapons, filem ini mengikuti Bryan, seorang penghantar bekalan perubatan yang terperangkap dalam malam penuh huru-hara apabila dunia di sekelilingnya tiba-tiba berubah menjadi mimpi ngeri yang sukar dijelaskan. Dibintangi Austin Abrams, Zach Cherry, Kali Reis dan Paul Walter Hauser, filem ini menjanjikan pengalaman survival horror yang lebih intens dengan gabungan aksi tanpa henti, ketegangan psikologi dan suasana seram yang menyesakkan. Sebagai sebuah reimaginasi baharu kepada francais legenda ini, Resident Evil bakal menemui penonton Malaysia pada 17 September 2026...

Read More