Pertemuan 2 kuasa muzik dari 2 tanahair bakal tercatat sebagai malam bersejarah apabila Nidji dari Indonesia dan Bunkface dari Malaysia bergabung dalam konsert eksklusif Nusa Fest Presents Nidji x Bunkface di Megastar Arena, Kuala Lumpur pada 21 Disember 2025. Acara yang dianjurkan Shiraz Projects ini menjanjikan lebih daripada hiburan, ia adalah jambatan persahabatan muzik antara 2 bangsa. Dengan reputasi Nidji yang terkenal dengan antemanya yang menggetarkan jiwa, serta Bunkface sebagai ikon rock Malaysia yang tak pernah surut energi, konsert ini dijangka menjadi medan perayaan lintas sempadan. Ribuan peminat bakal berhimpun, menyanyi seirama, dan membawa pulang kenangan yang akan kekal terpatri sebagai salah satu momen muzik paling berharga menjelang penutup tahun...

Read More