Fenomena TARUNG: Unforgiven terus memacu laju apabila filem aksi tempatan ini berjaya mengutip RM20.3 juta selepas 19 hari tayangan di pawagam seluruh negara. Pencapaian itu bukan sahaja mengukuhkan kedudukannya sebagai antara filem tempatan paling berjaya tahun ini, malah membuktikan sambutan luar biasa penonton terhadap karya aksi tempatan yang berkualiti. Diarahkan oleh Razaisyam Rashid dan dibintangi Aedy Ashraf, Mierul Aiman, Bront Palarae serta barisan pelakon hebat lain, filem ini turut mencetuskan fenomena menerusi siri jelajah promosi yang dibanjiri ribuan peminat. Sokongan berterusan di pawagam dan media sosial menjadikan TARUNG: Unforgiven lebih daripada sekadar sebuah filem, sebaliknya sebuah gerakan yang menyatukan pengkarya dan penonton dalam satu semangat yang sama...

Read More  

Hatta, bekas juara silat yang diburu dosa silam selepas sebuah tragedi menghancurkan hidupnya. Demi menyelamatkan kakaknya, dia menerima tawaran Paduka Badrul untuk menyertai gelanggang pertarungan haram. Namun keadaan menjadi lebih rumit apabila Hatta mendapati lawannya ialah Isa, sahabat lama yang kini berubah menjadi musuh akibat dendam yang belum terpadam. Dalam dunia penuh kekerasan, manipulasi dan tekanan hidup, Hatta terpaksa berdepan masa lalu yang terus menghantuinya. Sarat dengan aksi intens, konflik emosi dan perjuangan manusia melawan takdir, TARUNG: Unforgiven membawa penonton menyelami hakikat bahawa gelanggang paling sebenar bukanlah pertarungan fizikal, tetapi kehidupan itu sendiri yang tidak pernah berhenti menguji manusia...

Read More