Bakal menerangi langit Kuala Lumpur pada 28 September di Zepp KL, mempertemukan 3 jiwa muzik dari dua tanah air. Pamungkas hadir sebagai headliner dengan sebuah hadiah istimewa, single terbarunya, Sambung, yang bakal diluncurkan pada 12 September dan buat pertama kalinya dipersembahkan secara langsung di pentas ini. Bersama beliau, Bilal Indrajaya menyiapkan persembahan penuh teliti, manakala Fugo, suara kebanggaan Malaysia, menganggap peluang ini sebagai reuni bermakna dengan sahabat senada. Di sebalik jadual konsert September yang padat, penganjur UdaraLaskhar percaya Panggung Purnama akan mencipta gema indah tersendiri. Tiket kini tersedia dalam beberapa kategori, termasuk promosi istimewa Beli Dua Tiket Dapat Diskaun 13% hingga 1 September...

Read More  

Membuka tirai fasa pertamanya dengan sosok istimewa dari Jakarta, Bilal Indrajaya, sebagai peluru perdana, Panggung Purnama dijadualkan berlangsung pada 28 September 2025 di Zepp Kuala Lumpur, di bawah anjuran UdaraLaskhar. Bilal, yang dikenali menerusi lagu Biar, serta kolaborasi bersama Noh Salleh dan Romantic Echoes, dipilih kerana kekuatan seninya yang menyentuh dan aura puitis yang mengesankan. Konsert ini bukan sekadar hiburan, tetapi perayaan rasa dan hubungan emosi antara pengkarya dan pendengar. Panggung Purnama akan diteruskan dengan fasa kedua dan finale yang akan diumumkan kelak. Jangan lepaskan peluang menyertai malam yang dijanjikan sebagai momen tak terlupa dalam takwim muzik tanah air...

Read More