Melancarkan tujuh lagu raya sempena Ramadan dan Syawal 2026 yang dihimpunkan dalam sebuah EP khas bertemakan “Bila Bersama, Lagi Jadi”. Antara karya yang diketengahkan termasuk “Rindu Raya” oleh ALPHA, “Kampung Kita” oleh Wani Kayrie, kolaborasi “Raya Macam Raya” oleh Hael Husaini dan ALPHA, serta balada menyentuh hati “Senyum Gugur Di Hujung Doa” nyanyian Dayang Nurfaizah. Lagu lain seperti “Duit Raya” dan “Restu Raya” turut membawa mesej kebersamaan dan realiti masyarakat. Setiap lagu bergerak dalam satu “universe” kreatif yang saling berkait, memaparkan pelbagai emosi daripada keceriaan hingga kerinduan sepanjang musim perayaan...

Read More  

Filem drama sosial terbitan Astro Shaw yang mengangkat konflik identiti dan implikasinya terhadap cinta serta maruah. Mengisahkan Ziyad yang berkahwin atas dasar cinta pandang pertama dengan Amira, kehidupan rumah tangga mereka mula runtuh apabila satu kebenaran besar mengenai identiti Amira terbongkar. Pendedahan tersebut mengubah prinsip dan persepsi Ziyad terhadap hubungan perkahwinan serta penerimaan masyarakat terhadap individu yang dianggap berbeza. Digarap oleh Reen Emran dan dibintangi Zahiril Adzim serta Sophia Albarakbah, filem ini turut menampilkan lagu tema “Hati Yang Tak Terbalas” oleh Marsha Milan. Amira Amir ditayangkan secara eksklusif di Astro First bermula 26 Februari 2026 pada harga RM15 untuk tontonan 48 jam...

Read More