Menelusuri misteri kehilangan seorang anak lorong bernama Kasyorga (Adra Mikayla) menerusi drama 6 episod arahan Feroz Kader untuk Unifi TV Originals. Kehilangannya mencetuskan pencarian penuh liku oleh bapa angkatnya Pak Bakar (Azhar Sulaiman) dan jiran mereka, Rodi (Kamal Adli), bekas pembunuh upahan yang dihantui masa silam. Dalam masa sama, Rodi menerima misi membunuh Datuk Zaza (Nabila Huda), tokoh korporat yang terpalit skandal. Drama ini membongkar isu seperti pemerdagangan manusia, konspirasi kuasa, dan trauma sosial, dengan latar gelita lorong-lorong kota. Azhar menyifatkan watak Pak Bakar sebagai cabaran fizikal dan emosi, di mana beliau sanggup menyakiti tubuh sendiri demi kejujuran lakonan. Disiarkan setiap Isnin, jam 11 malam mulai 23 Jun 2025 di saluran DEGUP HD, Hilang Kasyorga ialah kisah kehilangan yang membuka lebih banyak pintu rahsia...

Read More